The Alien - Link Select

Selasa, 22 Julai 2008

Aikido?


Aikido adalah salah satu seni mempertahan diri yang berasal dari Jepun yang dicipta oleh Morihei Ueshiba. Aikido diciptakan pada era modernisasi Jepun yang berlangsung sekitar tahun 1800an. Beladiri ini merupakan kombinasi dari ilmu pedang Kenjutsu dan Jujutsu yang juga merupakan bentuk seni bela diri tradisional Jepun. Pengaruh Kenjutsu boleh dilihat dalam pengaturan gerakan-gerakan atau langkah kaki. Sedangkan pengaruh jujutsu pula kelihatan dalam penggunaan teknik kuncian dan lemparan.
Seni mempertahankan diri ini dicipta dengan menekankan harmonisasi dan keselarasan antara ki (tenaga dalam) individu dengan ki alam semesta. Aikido juga menekankan pada prinsip kelembutan dan bagaimana untuk mengasihi serta membimbing lawan. Prinsip ini diterapkan pada gerakan-gerakannya yang tidak menangkis serangan lawan atau melawan kekuatan dengan kekuatan tetapi "mengarahkan" serangan lawan untuk kemudiannya menundukkan lawan tanpa ada niat untuk mencederai lawan. Berbeza dengan seni mempertahankan diri lain yang pada umumnya lebih mengutamakan pada latihan kekuatan fizikal dan stamina, Aikido mendasarkan latihannya lebih pada penguasaan diri dan kesempurnaan teknik. Teknik-teknik yang digunakan dalam Aikido kebanyakan berupa teknik elakan, kuncian, lemparan dan bantingan. Sementara teknik-teknik pukulan ataupun tendangan biasanya jarang digunakan. Falsafah-falsafah yang mendasari Aikido, iaitu kasih dan konsep mengenai ki inilah yang membuat Aikido menjadi suatu seni mempertahankan diri yang unik.
Sistem tingkatan yang harus dilalui oleh seorang pelajar aikido (digelar aikidoka) hampir sama dengan yang digunakan oleh seni bela diri asal Jepun lainnya, iaitu sistem Kyu untuk tingkat asas dan Dan untuk tingkat mahir. Secara ringkas, aikidoka baru (tingkat Kyu 6) hingga Kyu 4 menggunakan tanda berupa sabuk yang berwarna putih. Sementara aikidoka yang mencapai tingkatan Kyu 3 hingga 1 menggunakan sabuk berwarna coklat. Tingkatan selanjutnya adalah Dan, dan aikidoka yang berjaya mencapai tingkatan ini ditandai dengan sabuk yang berwarna hitam serta peralatan tambahan berupa celana panjang bernama Hakama. Celana seperti ini biasa dipakai oleh samurai-samurai pada zaman dahulu.
Aku dapat panggilan dari Sensei Aikido aku. So training start khamis ni... entah mengapa aku rasa berminat pula nak masuk Aikido. maybe sebab aku minat gile ngan Steven seagal (http://www.stevenseagal.com/).. hehhee semua cite dia aku dah tgk... memang aku ni peminat dia la kan??? hehehe... FD pun nak join gak.. tak taulah dia jadi ke tak nanti.. tunggu dan lihat laa.. anyway malam ni aku planning nak tgk cite Hellboy 2... harap2 jadilah... hehehee
Anyway semalam Aku pi PAS(Plaza Alam Sentral) dengan FD naik keta kancil dia... Sebelum itu, aku lepak ngan dia kat Library Intec 17. kat situ ada Shyikin, Yati and geng2 lain.. Dipendekkan cite aku dan FD gerak lepas aku solat maghrib. Tiba di PAS kami parking keta kat B2. lepas tu naik Lif... masa naik lif ni lah aku terlihat sesuatu (Makhluk halus @ MH). masa pintu lif terbuka aku dan FD masuk dan aku merasakan MH tu masuk di belakang kami. FD sedar dulu MH tu masuk... dan kemudian aku cakaplah "Masuk cepat! Cepat! " Lepas tu aku terkata 'Allahuakbar'... dan tiba-tiba pintu lif yang dah tertutup tadi terbuka kembali... then aku cakap lagi sekali... 'Haaa... cepat keluar!!!' lepas tu lif tertutup balik dengan bulu roma aku mula meremang.. hehehe... korang ingat apa agaknya??? FD diam je time tu...(takut la tuu...) hehehehe... PAS merupakan salah satu tempat di Shah Alam, MH berkeliaran yang aku tahu laa.. selain Kompleks PKNS.. korang jaga2 laaa. bila berada kat dua tempat ini...